Rabu, Oktober 19, 2011

Disney's Birthday Book Information

Disney Junior Birthday Book FAQs:

Disney Junior's Birthday Book is a book filled with photos of birthday boys and girls! Every month on Disney Junior, we will show the photos of children whose birthdays fall on that month!
If you would like to see your child on Disney Junior's Birthday Book, simply send us a photo with your Child's Name, Birth-date, Address, Contact Number, Cable Operator and Subscriber Number to:

Disney Junior's Birthday Book
Singapore Post Centre
P.O. Box 1110
Singapore 914037

Send us your child's best picture today and your child could be seen on Disney Junior's Birthday Book! Hurry, you need to send in the photo 2 months before your child's birthday month!

Q. What is Disney Junior's Birthday Book?
A. Disney Junior's Birthday Book is an on-air birthday greeting to our young viewers of Disney Junior. It will feature the photos of the month's birthday boys and girls.

Q. Is Disney Junior's Birthday Book real? Can I buy the book anywhere?
A. You can only see Disney Junior's Birthday Book on the channel. You are not able to buy the book anywhere.

Q. Is there a closing date to the submission of photos?
A. No, there is no end date to the submission of photos but you need to submit the photo at least 2 months before your child's birthday month. For example, if your child's birthday falls on October 10, we need to have recieved the photo before August 10.

Q. Where do I send my child’s photo?
A. You should postal mail the photo with your child's photo with your Child's Name, Birth-date, Address, Contact Number, Cable Operator and Subscriber Number to:

Disney Junior's Birthday Book
Singapore Post Centre
P.O. Box 1110
Singapore 914037

Q. How can I get my child to be featured?
A. You only have to send us your child's photo with your Child's Name, Birth-date, Address, Contact Number, Cable Operator and Subscriber Number. If your child's photo is selected, we will contact you via mail.

On what criteria will the photos be selected?
(1) You have to be a Disney Junior subscriber
(2) We have to receive the photos 2 months before your child's birthday.
(3) On a first-come-first-served basis
(4) The photo must feature only the birthday child
(5) The photo must be clear

Q. How many photos can I send?
A. You can send as many photos as you like but we will only select one photo of your child if selected. More photos do not mean you have higher chance of being featured. Please see the criteria of selection above.

Q. Will I be able to get my photos back?
A. No, we will not be able to send you back the photos.

Q. How many children will be featured every month?
A. Every month, Disney Junior's Birthday Book will feature at most 80 children.

Q. How do I know if my photo is selected?
A. We will contact you via mail if your child's photo is selected.

Q. When can I get to see the birthday greeting on-air?
A. There is no specific time but the monthly birthday greeting will be on-air quite frequently! We will also call and inform the parents of children whom we are featuring so that you can watch out for the greeting.

Q. Will I get to have a copy of the Disney Junior book if my child's photo is selected?

A. Apologies, but we will not be able to make a copy for you.

Q. Is there an age limit?

A. Yes, your child has to be between 2 – 7 years old.

Q. Do I have to be a Disney Junior channel subscriber to take part?

A. Yes, you have to be a Disney Junior subscriber in Brunei, Cambodia, Hong Kong, Indonesia, Korea, Malaysia, Philippines, Singapore, Thailand, and Vietnam.
You have to write down the name of your cable operator and cable subscription number when sending your entry.

Q. My preschoolers watch Disney Junior at their grandparent's place. Can they still send in?

A. Yes, they can. Just remember to include their grandparents' cable operator and subscriber number in your entry.

Q. I don't know my subscriber number? How do I find out?

A. It’s indicated in the monthly bill from your cable operator.

http://www.facebook.com/note.php?note_id=194233707294999

Jumaat, April 01, 2011

Tips untuk mengesan emas palsu

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu

2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

6. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.

7. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

8. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif

9. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la) sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi)

10. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

11. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)

12. Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen. Best kot, saya belum dapat lagi selami perasaan itu. sedih betul……

Selasa, September 21, 2010

Teknik menyusukan bayi...

* Posisi penyusuan yang baik*
Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut
adalah cara yang betul:
  • Sentuh bibir bayi dengan hujung putingsehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.
*Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu*
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

*Pilih posisi yang selesa*
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.
  1. Posisi dakapan Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. • Sokong belakang badan dan punggung bayi. • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.
  2. Posisi ‘football hold’ Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.
  3. Posisi berbaring Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. • Sokong kepala anda dengan lengan. • Sokong bayi anda dengan lengan atas.

Posisi dakapan Posisi ‘football hold’ Posisi berbaring


*Beralih payudara*
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.




*Sendawakan bayi*
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

*Maklumat Sampingan berkaitan teknik penyusuan*
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
  • Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan dan muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  • Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
  • Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.
  • Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara
  • Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.
  • Cara memegang payudara adalah dengan Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara memengang yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara yang betul menyusukan bayi *Sentuh bibir bayi, *tunggu mulutnya terbuka luas *gerakkan badan bayi ke arah payudara *pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola) *pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
  • Cara pelekapan yang betul *mulut bayi terbuka luas *dagunya mencecah payudara *bibir melekup keluar *pipi gelembung *payudara nampak penuh dan bulat *terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
  • Cara pelekapan yang salah *dagu bayi jauh *tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi *dagu tidak menyentuh payudara *ibu rasa sakit *payudara bolehbengkak dan puting luka
Sumber : www.nutriweb.org.my/downloads/snp_breastfeeding_guide.pdf , http://mforum.cari.com.my susuibu.com http://www.mybengkung.com/Teknikmenyusu.html

Khamis, Ogos 12, 2010

Sejarah Puasa Ramadhan

Image hosted by Photobucket.com

Puasa adalah suatu ibadah yang telah lama dilakukan oleh manusia sebelum Islam. Hal ini diingatkan di dalam ayat 183 surah Al-Baqarah maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa."

Al-Qurtubi di dalam tafsirnya "Al-JamiÕ li Akhamul Quran" menjelaskan bahawa Allah telah memfardukan atas umat Musa dan Isa Alaihissalam berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi kemudiannya mereka mengubah dengan menambah sepuluh hari lagi sebagai membayar nazar pendita yang telah sembuh daripada sakit maka jadilah puasa orang-orang nasrani empat puluh hari.

Kesukaran berpuasa Ramadhan di musim panas akhirnya mereka memindanya pula ke musim sejuk. Manakala pendita yang lain pula bernazar jika dia sembuh dari sakit mulutnya beliau akan menambah sepuluh hari lagi hinggalah puasa mereka menjadi lima puluh hari.

Diriwayatkan daripada Imam Mujahid bahawa Allah telah memfardukan puasa ke atas setiap umat. Pendapat ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Rashid Ridha bahwa "puasa ini pernah dilakukan oleh orang-orang Arab sebelum Islam". Diriwayatkan daripada 'Aisyah r.a. bahawa orang-orang Quraisy berpuasa pada hari 'Asyura.

Setelah Nabi berhijrah ke Madinah, Nabi s.a.w. mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka nabi turut berpuasa beserta dengan sahabat-sahabat lain.

Pada akhir Sya'ban tahun yang kedua Hijrah Allah menurunkan ayat-ayat yang mewajibkan puasa 183,184,185 dari surah Al-Baqarah. Setelah puasa Ramadhan difardukan, Rasulullah s.a.w. bersabda tentang puasa Asyura yang dilakukan sebelum itu yang bermaksud:

"Barang siapa yang ingin berpuasa pada hari "Syura" maka puasalah dan barang siapa yang hendak berbuka maka berbukalah".

Rasulullah s.a.w. berpuasa Ramadhan selama hidupnya sebanyak sembilan kali. Lapan kali dengan dua puluh sembilan hari dan sekali sahaja puasa penuh tiga puluh hari. Mengikut riwayat yang lain sebanyak dua kali puasa penuh tiga puluh hari.

Menurut pendapat yang masyhur di kalangan Umat Islam bahawa puasa itu diwajibkan atas segala pemeluk agama. Bangsa Mesir yang menyembah berhala berpusa, bangsa Yunani memastikan setiap lelaki dan perempuan mereka berpuasa demikian juga dengan bangsa Romawi dan orang-orang Hindu terus menerus berpuasa sehingga kini.

Ada dinyatakan di dalam kitab taurat bahawa puasa difardukan ke atas orang-orang Yahudi pada hari yang ke sepuluh di bulan yang ke tujuh iaitu yang dinamakan hari 'Asyura. Mereka berpuasa siang dan malam.

Puasa yang termasyur bagi orang-orang Nasrani pula ialah puasa sebelum "Iedil Fishi" iaitu hari memperingati bangunannya Al-Masih dari kubur.

Itulah di antara puasa yang dilakukan sebelum Islam iaitu puasa yang dipraktikkan oleh Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. dan para Hawari tetapi ianya dipinda dan ditambah oleh ketua-ketua gereja dengan berpuasa yang lain dan dalam bentuknya yang lain, ada yang berpuasa daripada memakan daging, telor, ikan, susu dan sebagainya.

Semua situasi di atas adalah jauh bezanya dengan puasa yang difardukan ke atas umat Muhammad s.a.w. Puasa yang dilakukan bukan kerana memperingati sesuatu peristiwa atau berpantang daripada satu-satu jenis makanan dan bukan pula kerana nazar yang tidak disyariatkan. Tetapi puasa pula disyariatkan oleh Allah dengan tujuan melatih hambaNya supaya bertakwa kepadanya sepertimana yang disebut di dalam firmanNya maksudnya:

"Mudah-mudahan kamu bertakwa."

Inilah natijah yang ingin dilahirkan oleh puasa yang telah disyariatkan dan Allah menyatakan di dalam sebuah hadis Qudsi maksudnya: "Setiap amalan Bani Adam itu adalah untuknya melainkan puasa ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya".

(sumber dari http://baheis.islam.gov.my/)

Sabtu, Julai 10, 2010

Aryanna 8 bulan

Gambar-gambar kakak terbaru masa ayah naik offshore di Japan & Labuan....

Rabu, Julai 07, 2010

Impian yg belum tercapai....

Agak lama saya dah jadi orang "offshore" ni, tapi kalau nak dibandingkan dengan orang2 yang kerja kapal, dia orang lagi hebat...

Seingat saya, kali pertama saya naik offshore masa tahun 2000 dulu, platform Petronas - Duyung di Terengganu. Start dari situ, maka merata-maratalah offshore saya naik... Mula-mula dalam Malaysia dulu macam West Lutong di Sarawak & Semarang di Sabah... lepas tu pergi oversea pulak.

Kira punya kira, dah lebih 20 negara saya merantau & berlayar. Saya pernah berlayar dari Holland ke Italy, masuk North Sea, cross Atlantic pun pernah dari Malta sampai Brasil.

Tapi, dalam bertahun-tahun saya dok berlayar tu, sekali pun saya tak pernah terlihat ikan paus liar (bukan yg jinak macam kat marine park tu).

Banyak kali saya ada di kawasan ikan paus macam di Shakalin Island di Russia atau di perairan Brasil yang memang digazet oleh negara itu sebagai kawasan paus... tapi tak pernah jumpa jugak.

Kali ni, mungkin assignment oversea saya yang terakhir kerana saya rasa nak kerja kat Malaysia saja lepas ni... saya berlayar dari Onahama, Jepun balik ke Labuan.

Jepun memang ada paus... sailling dengan speed 5-6 knot, maybe 20-August ni baru sampai Labuan, mungkin peluang terakhir untuk tengok ikan paus liar.. setakat dolphine tu x payah la, perairan Malaysia berlambak, cuma ikan paus tak ada kat Malaysia. Kalau ada pun, mungkin yang tersesat macam di Sabah lama dulu...

Tengok la macam mana, kalau ada rezeki, dapat lah lihat ikan-ikan paus tu.. kalau tak dapat, maybe lepas ni kena mintak kerja dengan National Geographic pulak untuk buat expedition pasal whale....

Apa2 pun.. thanks buat isteri yang sabar dengan orang kerja offshore macam saya.

Isnin, Julai 05, 2010

Atah kat Jipun....

Memandangkan FB x leh bukak kat atas barge ni, maka terpaksalah ayah masukkan pic ayah kat sini...



Selasa, Mei 04, 2010

Singapore...


Jumaat, Disember 18, 2009

Fewitt.. gf kedua ayah..


cumeynyaaa anak umi..umi nak ngorat la... *_^


sexy time kecik jak eh nak.. dah besar kena tutup aurat..

Wajah Kesayangan Umi & Ayah


Semoga di kau anakku, menjadi anak yang soleha n bjaya di dunia n akhirat..