Isnin, Mei 12, 2008

Berita Terkini - 12 May

Alhamdulillah

Berita yang ditunggu-tunggu telah diterima… Saya dah dapat ticket balik ke Malaysia, itinerary dia macam kat bawah ni :

1. AF 943 T 21MAY DLACDG HK1 2245 #0615
2. MH 21 M 22MAY CDGKUL HK1 1200 #0635
3. MH 2708 M 23MAY KULBKI HK1 0920 1155
E-TKT AF / MH

Sure Bebe happy bila baca berita ni, insyaAllah, kalau tak da apa-apa aral melintang, sampai la sy ke Malaysia 23 May ni pukul 6.35 pagi, cuma tinggal beberapa hari aja lagi sebelum kami di ijab kabul.

Flight dari Douala, Cameroon ke Charles De Gaulle Paris makan masa selama 6 jam 30 minit. Flight dari Paris ke KLIA makan masa 12 jam 35 minit. Biasa la, zaman petrol naik harga sekarang ni, kebanyakkan airlines dah memperlahankan flight dia orang, nak suruh jimat minyak sikit.

Paling letih, kena naik boat selama 11 jam dari Akpo FPSO, Nigerian water ni ke Douala port.

Atas sebab-sebab keselamatan, company sy tak bawak saya naik flight dari Lagos atau Port Harcout, Nigeria. Sy ada pengalaman kat sana masa tahun 2004/05 dulu. Memang menakutkan, pergi mana-mana, mesti ada org escort pakai senapang. Company based saya di Port Harcourt pun pernah 2 kali kena serang dengan rebels masa tahun 2005 & 2007. Alhamdulillah, saya tidak ada kat situ masa kena serang.

Sebenarnya, flight details ni saya dah dapat hari jumaat hari tu lagi, tapi, saja nak buat kejutan kat Bebe, dia pun dah 2-3 kali tanya masa saya call dia, sy cakap tak dapat lg, sorry Honey :). Jadi, saya post la hari ni, biar dia masuk office nanti, bukak blog & baca berita ni…

Kepada Dini, thanks sebab selalu tolong pujuk Bebe, dia dok risau takut sy tak balik.

Kalau Pak Abu Muaz baca article ni, jom la kita lepak kat KLIA pagi tu, sbb sy tak balik KK hari tu seperti dalam flight details, tp, balik ke Terengganu dulu. Flight ke Terengganu lebih kurang jam 3 petang, so, lama jugak la kena melepak kat KLIA. Kalau Pak Abu datang, boleh bawak saya gi solat jumaat sekali.

So, kepada semua, doakan saya selamat di sepanjang perjalanan saya tu nanti.

1 lg, doakan org yang akan ganti tempat sy di sini pun selamat sampai jugak, kalau dia tak sampai, maknanya, saya tak leh balik la.. huhuhuhu :(( . Pernah terjadi masa saya buat assingment di Norway tahun 2006 dulu. Saya dah prepare nak heli untuk ke Stavanger, tiba-tiba dapat berita, org yang ganti sy dah mis flight dia, aduss.. kena stay beberapa hari lagi. Harap2 kali ni, benda tu tak terjadi kat sy punya colleague tu.

Berita dari Papar pulak, bakal bapa mertua saya bagitahu, saya & Bebe adalah pasangan pertama akan di nikahkan oleh Jurunikah Papar pada hari 30 May tu. Sebab, kami pasangan pertama yang submit borang nikah kat dia, effective sungguh bakal bapa mertua sy buat kerja. Thanks Bah (eh.. belum boleh panggil abah lagi kot :). Kalau tak silap, ada 7 pasangan dari Papar yang akan bernikah pada hari tersebut.

2 comments:

Baby berkata...

Alhamdulillah, abg dah dpt tiket.. ^_^

azhar berkata...

hari dah rabu, jumaat depat dah sampai malaysia, lambatnya jam ni berjalan, x sabar nak balik ni....