Selasa, Jun 03, 2008

Menyambut Kelahiran Cahaya Mata Dengan Sunnah

Sumber: http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Pendahuluan

Dalam suatu hadis, ada diriwayatkan supaya mengahwini wanita-wanita yang subur supaya berupaya melahirkan zuriat yang baik-baik.

Ini adalah sebagaimana hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (r.a.), Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.) bersabda:

“Kahwini-lah wanita-wanita yang penyayang dan subur kerana sesungguhnya pada hari kiamat kelak aku berbangga dengan umatku yang paling ramai bilangannya berbanding nabi-nabi yang lain.” (Hadis Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, jil. 3, m/s. 158 & 245)

Dalam hal ini, antara hikmah yang dapat kita semua perhatikan adalah kelak anak-anak tersebut mampu membantu mendoakan kebaikan buat kita dan juga (dengan izin-Nya) membantu kita di masa-masa hadapan.

Ini dapat dilihat dalam hadis dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila seseorang manusia itu mati, terputuslah daripadanya segala amalan melainkan tiga perkara: 1 – Sedekah Jariah, 2 – Ilmu yang bermanfaat, dan 3 – Anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Wasiat, Hadis no. 14. Dan Abu Daud, Kitab Wasiat, no. 3880)

Oleh itu, selain memiliki zuriat yang ramai, ayah dan ibu juga perlulah berusaha untuk mendidik dan menjaga anak-anak tersebut dengan usaha yang keras, tanggungjawab, dan didikan yang sebaik-baiknya.

Dalam suatu hadis, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala (s.w.t.) akan menanyakan kepada setiap pemimpin atas apa yang dipimpinnya (dikuasainya), adakah dia menjaga atau menyia-nyiakannya. Sehinggakan seseorang akan ditanyakan mengenai rumah tangganya.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Lihat: Sislsilah al-Ahaadis ash-Shahihah, no. 1626)

Oleh itu, serba sedikit, melalui tulisan ini ia dimulakan dengan memahami adab-adab dalam menyambut kelahiran anak-anak sebagai cahaya mata penyeri keluarga berdasarkan sunnah-sunnah yang sahih.

Sambungan artikel

0 comments: