Rabu, Oktober 29, 2008

Honeymoon @ Bali

Tarikh : 11 - 16 October 2008

Dah lama kami merancang untuk bercuti ni. Setelah kami tengok budget, cuti dan sebagainya. Kami memilih Bali untuk destinasi perlancongan kami kali ini.

Selepas kami berhari raya di Brunai, kami terus bertolak ke Indonesia dengan menggunakan pesawat Air Asia. Penerbangan dari LCCT ke bandara Ngurah Rai, Denpasar mengambil masa selama 2 jam 30 minit sahaja.

Nama Ngurah Rai diambil sempena nama pahlawan Bali semasa penentangan penjajahan Belanda dahulu, Gusti Ngurah Rai.

Di Bali, kami memilih Aston Sun Villa di Seminyak sebagai temapt penginapan kami.

Sepanjang berada di Bali selama 6 hari itu, kami telah melawat banyak tempat seperti di Kintamani. Di sana, terdapat sebuah gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir gunung ini meletus ialah pada tahun 1996.

Kami juga sempat melawat beberapa tempat menarik seperti di Ubud dan Uluwatu. Selain itu, kami juga sempat untuk menikmati sunset sambil makan seafood di Jimbaran Bay.

Kami juga ada mencuba masakan orang-orang Sunda. Senang cerita, boleh angkat 2 ibu jari tangan masakan dia orang. Memang best. Cuma, air asam dia orang tu rasa manis (sepatutnya masam la kan air asam ni...)

Tempat paling menarik untuk dilawati semasa kami berada di sana ialah Tanah Lot. Di sana terdapat sebuat tample yang berada di tepi laut, memang cantik pemandangan kat situ. Cuma, yang menariknya disini ialah, terdapat banyak kedai yang menjual barangan kraftangan dan cenderahati.

Jikalau ke Bali, bagi yang ingin shopping barang-barang cenderahati, belilah di Tanah Lot, di sana kita boleh tawar menawar serendah mungkin. Baju T-Shirt, kita mungkin boleh mendapat dibawah harga RM15, keychain RM1 dan ukiran-ukiran kayu yang boleh ditawar dengan harga di bawah RM100.

Villa tempat kami menginap jugak sangat cantik, kami juga syorkan kepada sesiapa yang ingin ke Bali, boleh la tinggal di villa ini. Antara kelebihan villa ini ialah ia mempunyai private swimming pool.

Itu lah serba sedikit cerita mengenai percutian kami sebelum saya kena bertolak ke tempat kerja pada keesokkan harinya (17 Oct).

Kali ini, saya bertugas di Congo dan Anggola... afrika lagik.

1 comments:

talot berkata...

Visit Tanah Lot Bali

http://www.tanahlot.net