Jumaat, Oktober 24, 2008

Idul Fitri 1429 Hijrah

Salam semua,

Alhamdulillah, pada tahun ini kami dapat berhari raya buat kali pertama sebagai pasangan suami isteri. Satu pengalaman baru buat kami berdua.

Tahun ini kami beraya di 2 negara, iaitu Malaysia dan Brunai. Di Malaysia pula, kena la kami berhari raya di dua negeri pulak.. iaitu Terengganu dan Sabah.

Alhamdulillah, semuanya lancar, hari raya pertama dan kedua, kami berada di Gong Badak Terengganu sebelum balik ke Papar Sabah pada malamnya.

Pada hari sabtu (4hb October) kami berkereta untuk ke Brunai melalui Limbang dan Kuala Lurah sebelum sampai ke rumah makcik kami di Sengkurong. Pada 4hb October itu adalah hari raya ke-3 bagi negara Brunai, memandangkan mereka berpuasa lewat 1 hari berbanding kita di Malaysia.

Bagi sesiapa yang belum pernah berhari raya di Brunai, masyarakat di sana masih lagi berpegang teguh dengan adat-adat masyarakat melayu. Kalau di Malaysia, mungkin pada hari raya ketiga atau ke empat, sudah jarang kita lihat orang berpakaian baju melayu dan bersamping, tetapi kalua di Brunai, walau dah seminggu hari raya berlalu, masih ramai yang berpakaian kebangsaan lengkap.

Hari raya lebih meriah di sana, keadaanya saya rasakan seperti zaman-zaman awal 80an dulu.

1 lagi yang menarik di sana, mercun dibenarkan dijual secara terbuka. Jadi, makin meriah la raya kami tahun ini.

InsyaAllah, jikalau keadaan mengizinkan, kami akan post gambar-gambar hari raya kami tahun ini.

2 comments:

baby berkata...

ah ah, ni pengalaman ptama braya suami istri n da adik dlm perut gak.. hehehhe spanjang pjlnan tu asik muntah jak bb..sakit perut.. tu la sapa suruh, mgidam nak makang epal ijau..hhaha org gastrik mmg pantang makang masam2.. mmg sakit gila masa tu.. kasian huby, memandu sambil urut2 daku.. sayang lak kat dia..

luv u dear..tp da org tu, xtau pakai samping... hehehhe lucu lak tgk

my memory..sofian luv atie berkata...

salam..

mana gmbr kt bali?? aq nk tgok b..

ermmm ole2 atie mana beb?? hahahhah