Isnin, Disember 08, 2008

Salam Idul Adha

Assalamualaikum wbt

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha terutamanya kepada isteri saya yang tersayang yang kini berada di Papar Sabah. Abang meminta maaf kerana tidak dapat bersama-sama keluarga kita untuk meraikan hari yang mulia ini.

Eid Al Kabir ini juga ditujukan kepada semua sanak saudara saya yang berada di Terengganu, Kelantan, Sabah, Brunei dan di mana sahaja kalian berada.

Kepada sahabt-sahabat juga, ucapan Idul Adha kali ini juga ditujukan kepada anda semua dan semoga kali lebih bermakna kepada kita semua.

Saya sekarang berada di Milan untuk berkursus dan di hari yang mulia ini, saya terpaksa ke Cameroon untuk tugasan sebelum ke Nigeria.

Apakan daya, panggilan tugas memaksa saya meninggalkan keluarga tersayang buat sementara. Walau jauh di mata, tapi terlalu hampir di hati. Kasih sayang di hati ini tidak pernah terkurang atau terpudar.

Akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengucapkan ;

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

1 comments:

baby berkata...

Selamat Hari Raya Aidiladha Sayang

Walau abg jauh, abg tetap dekat di hati.. (cam ayat abg pulak).

ermm, xpala syg, bb faham keja abg.. tp kan kita dah pena smbut raya aidilfitri sama2.. kira ok la tu.

salam peluk cium n salam kerinduan buat suami ku yg jauh d perantauan..

sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..

dear, luv n mis u 4ever