Sabtu, Januari 31, 2009

Pemandangan sekitar Duala, Cameroon

Saya beberapa kali dapat melawat Duala sebelum ke Nigeria. Cameroon mula saya kenali ialah apabila pasukan bolasepak mereka layak ke pertandingan Piala Dunia di Mexico tahun 1986. Ketika itu, pasukan Cameron ini terkenal dengan pemainnya yang bernama Roger Milla. Walaubagaimana pun, pasukan ini tumpas kepada England di peringkat suku akhir.

Kalau di sebelah petang di Duala ni, saya dapat tengok ramai orang bermain bola, tidak kira samada di padang atau di jalan atau lorong.

Diatas minat yang mendalam rakyat Cameroon terhadap bolasepak, aka tidak heran kualiti pasukan mereka jauh lebih baik dari pasukan kebangsaan kita, walaupun mereka tidak mempunyai stadium yang canggih seperti di Bukit Jalil.












0 comments: