Khamis, Jun 04, 2009

KELEBIHAN WANITA HAMIL

Hikmah berbuat baik cukup banyak dan merupakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita yang tidak dimiliki oleh lelaki..

Solat Wanita Hamil Lebih Baik Dari 80 Rakaat Solat Wanita yang Tidak Hamil

Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama

Wanita Hamil Perolehi Pahala Puasa Di Siang Hari dan Pahala Ibadat Di Malam Hari
Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .

Pahala Wanita Bersalin

Wanita yang bersalin kata Nabi SAW, 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji

Malahan Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang diberi susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya

Wanita yang beri susu badannya kepada anak yang menangis maka Allah beri pahala 1 tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

0 comments: