Jumaat, Ogos 21, 2009

SELAMAT BERPUASA


Bulan Ramadhan jatuh pada 22 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu ini (besok la tu..lalalala)

Daku ingin mengucapkan Selamat Meraikan Bulan Ramadhan yang mulia
buat SUAMI TERSAYANG yang nun jauh di lautan Brazil dan buat keluarga d Terengganu, Brunei, Sabah dan semua sahabat jauh mahupun dekat.

Sediynyaaaaa, tahun ni xdapat berpuasa n beraya dgn suami tercinta.. tp xpa..asalkan dia ada waktu daku bersalin nanti, daku dah cukup bersyukur.. xsabar nak tunggu suami balik.. raya ini pun, daku xcumey..makin buyut dah.. huhuhuuhu, xpa2..asal cumey di mata suami..kira ok laaa.. ehehehe

Sebenarnya, Daku ingin bkongsi tips2 bagi yang ingin menurunkan berat badan atau ingin membentuk tubuh dengan lebih cantik, ambil kesempatan dalam menjalani ibadah puasa bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mencapai matlamat tersebut;

1)Kurangkan pengambilan garam ketika bersahur
- Ini dapat mengurangkan rasa haus sepanjang hari

2)Kurangkan pengambilan makanan yang pedas ketika sahur
- Untuk mengelak rasa haus pada siang hari

3)Kurangkan makanan berlemak ketika sahur

4)Banyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi (barli, gandum, oat) dan juga sayur-sayuran
- Ini dapat menahan tubuh kita sehingga waktu berbuka puasa

5)Sekiranya kita sudah mengambil vitamin tambahan, jangan hentikan.
Teruskan mengambil sumber makanan tambahan ini. Sekiranya kita tidak mengambil sebarang vitamin, cuba amalkan memakan kurma. Kurma dapat membekalkan nutrient yang penting dan ia juga baik untuk kesihatan badan

6)Banyakkan meminum air ketika sahur dan berbuka. Ini untuk mengembalikan air yang hilang ketika berpuasa.

SELAMAT BERPUASA... (mudah2an daku dpt posa penuh lagi tahun ni...yahuuu)

2 comments:

Azhar berkata...

selamat berpuasa buat isteri tercinta. tunggu kepulangan abg nanti

baby berkata...

ah ah syg, abg pun jgn balik lbat sgt eh syg..kot2 adik xsabar nak kuar..kang xsempat abg temankan bb bersalin.. takut jgk ni..

bb tunggu abg..adik pun tunggu ayah balik eh...

miz n luv u dear