Sabtu, September 26, 2009

Kenangan Idul Fitri 1429H

Memandangkan tahun ni saya tak sempat berhari raya dengan keluarga. Maka, saya nak cerita kenangan saya dan isteri semasa Idul Fitri tahun lepas.

Tahun lepas, kami sempat melawat keluarga kami di Brunai untuk berhari raya. Orang Brunai kalau bab raya, memang serius, tak ada main-main punya.

Hari raya ke-7 pun masih meriah lagi & kalau yang dah bekerja, masih ada yang berbaju melayu (org sana panggil baju Selangor) untuk ke pejabat.

Cuma, yang paling tak best masa kami berhari raya di sana ialah, saya dan isteri di tahan oleh pihak keselamatan Kedutaan Amerika.

Kesalahan, sebab kami bergambar depan bangunan kedutaan mereka.

Masa tu mana la kami tahu itu bangunan Kedutaan US. Dia terletak di tengah-tengah Bandar Seri Begawan dan bentuk dia macam bangunan-bangunan lain jugak.

Masa tu, pihak security mintak kami padam semua gambar yang kami ambik dan kami di soal siasat. Sebab kami ni pegang IC Malaysia, maka dia tanyalah apa tujuan kami ke Brunai & macam-macam lagi. Pihak Immigration Brunai pun tak tanya kami macam tu masa masuk negara tu.

Last2 sekali, gambar kami diambil untuk rekod.

Masa soal-siasat, mmg ada perang mulut sikit. Paling saya tak puas hati, kenapa mereka tak letak signboard kata Dilarang ambik photo. Disebabkan x ada signboard tu, kita yang tak tahu apa-apa ni, buta2 aja kena soal-siasat.

Saya sound jugak kat orang2 kat sini, benda ni terjadi sebab US suka sangat attack negara orang lain, so sekarang, dengan bayang2 pun dia orang dah takut.

Lepas soal-siasat, kami dilepaskan. Tapi, saya jangka la, kalau saya nak ke US lepas ni, rasanya memang susah nak dapat visa. Sebab dia orang dah ada rekod pasal argument & kutuk-mengutuk tu.

3 comments:

baby berkata...

itu la kan bang.. geram sungguh bb masa tu..dr kecik daku g sana..xpenah lak kena soal siasat.. ni baru p dgn laki.. dah kena gitu.. eee siap kena ambik gmbar mcm kita ni banduan lak.. tp daku ni mmg xmo d ambik gmbar..
sib baik huby ku ni..jenis cool jak.. ikut jak rentak dorg.. fuhhh daku la paling marah masa tu.. huhuhuhu

tp ni pasal daku laa.. gila tul bgmbar.. xpasal2.. laki jadi mangsa kena soal siasat.. maaf bang

Eriyza berkata...

Mengerikan tul pengalaman korang ni. Huhuhu!!!

usen berkata...

patut jgn layan, u have the right to do anything.. klu x layan pon diorg x boleh tangkap.. security bukannya pihak berkuasa, diorg xde hak nk ambik gambar kite pon.. bukan dlm kwsn diorg..