Ahad, November 22, 2009

Jerawat pada bayi

Jerawat ternyata tidak hanya menyerang remaja atau orang dewasa saja, bayi pun boleh berjerawat. Cuba anda perhatikan kulit wajah bayi anda, jika terdapat bintik merah di pipi, dahi, dan dagu yang disertai munculnya bintik putih di atas bintik tersebut, maka ia boleh disimpulkan bahawa bayi anda berjerawat.

Jerawat pada bayi disebabkan oleh hormon yang disalurkan oleh ibu kepada bayinya. Jerawat ini biasanya terjadi di usia bayi 3 hingga 4 minggu dan kebanyakan akan hilang dengan sendirinya di usia bayi 4 hingga 6 bulan.

Perawatan jerawat pada bayi berbeza dengan perawatan jerawat pada remaja atau orang dewasa. Untuk jerawat bayi anda, anda cukup membersihkan wajah bayi anda dengan air dan sabun bayi secara teratur setiap hari.

Hindari pemakaian minyak dan lotion pada kawasan yang berjerawat kerana ia hanya akan membuat kulit bayi anda menggelupas dan jerawat semakin parah. Jika jerawat pada bayinya berpanjangan setelah anda membuat rawatan dengan rutin, maka segeralah dapatkan dari nasihat doktor.

Jerawat pada bayi merupakan perkara biasa yang terjadi, jadi anda tak perlu panik jika hal tersebut menimpa bayi anda, kerana setelah beberapa waktu jerawat tersebut akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika memang jerawat bayi anda sudah menyebabkan kulitnya beriritasi, maka rawatan dari doktor diperlukan pada hal tersebut. Jadi, pastikan anda selalu menjaga kebersihan kulit bayi anda agar terhindar dari berbagai penyakit kulit.

1 comments:

Azhar berkata...

beberapa org dok tanya kat saya, adakah pic dalam artikel ni pic Aryanna ka? Jawapannya bukan, cuma ada iras-iras Aryanna yang saya cari dalam internet. Harap maklum