Rabu, Julai 07, 2010

Impian yg belum tercapai....

Agak lama saya dah jadi orang "offshore" ni, tapi kalau nak dibandingkan dengan orang2 yang kerja kapal, dia orang lagi hebat...

Seingat saya, kali pertama saya naik offshore masa tahun 2000 dulu, platform Petronas - Duyung di Terengganu. Start dari situ, maka merata-maratalah offshore saya naik... Mula-mula dalam Malaysia dulu macam West Lutong di Sarawak & Semarang di Sabah... lepas tu pergi oversea pulak.

Kira punya kira, dah lebih 20 negara saya merantau & berlayar. Saya pernah berlayar dari Holland ke Italy, masuk North Sea, cross Atlantic pun pernah dari Malta sampai Brasil.

Tapi, dalam bertahun-tahun saya dok berlayar tu, sekali pun saya tak pernah terlihat ikan paus liar (bukan yg jinak macam kat marine park tu).

Banyak kali saya ada di kawasan ikan paus macam di Shakalin Island di Russia atau di perairan Brasil yang memang digazet oleh negara itu sebagai kawasan paus... tapi tak pernah jumpa jugak.

Kali ni, mungkin assignment oversea saya yang terakhir kerana saya rasa nak kerja kat Malaysia saja lepas ni... saya berlayar dari Onahama, Jepun balik ke Labuan.

Jepun memang ada paus... sailling dengan speed 5-6 knot, maybe 20-August ni baru sampai Labuan, mungkin peluang terakhir untuk tengok ikan paus liar.. setakat dolphine tu x payah la, perairan Malaysia berlambak, cuma ikan paus tak ada kat Malaysia. Kalau ada pun, mungkin yang tersesat macam di Sabah lama dulu...

Tengok la macam mana, kalau ada rezeki, dapat lah lihat ikan-ikan paus tu.. kalau tak dapat, maybe lepas ni kena mintak kerja dengan National Geographic pulak untuk buat expedition pasal whale....

Apa2 pun.. thanks buat isteri yang sabar dengan orang kerja offshore macam saya.

5 comments:

Umi Aryanna berkata...

hehehe.. terkejut umi, ingtkan abg dah dpt tengok ikan paus, rupanya call gtau impian yg xtercapai lgi..
hehehe.. agak2nyaaa kan yah, belayar ngan umi kot, baru dpt tgk ikan paus.. hehehe..

Azhar berkata...

Kalau jumpa ikan duyung.. nak buat guaner?

ardinihumaira berkata...

bb... pacik azhar tu takkan jumpa duyung punya.. sebab dni dah culik duyung tu. miahahaha;p

Umi Aryanna berkata...

bawak balik r bang.. kasi tgk umi yg cumey2 ni.. hehehee
aryanna msti suka..

First Article Resignation berkata...

Essential post. As rose in all flower. Keep writings. Thanks.